Istilah “jejak kasih” bukan untuk mereka yang tidak berjumpa lebih berpuluh tahun, tetapi saya ingin pinjam perkataan itu untuk menggambarkan betapa “teruknya’ saya dalam menjaga jalinan persahabatan ini…. ada ketikanya, teman yang pernah rapat dengan saya, tidak saya jejaki dalam bentuk sms atau ziarah bertahun-tahun lamanya. Memang rasa bersalah sangat, ada kawan yang pernah makan tidur sekali ketika bujang dulu, jarang saya hubungi…. agaknya sebab terlalu “absorb” dengan gelaran sebagai mangsa ISA hingga saya kesampingkan banyak hal-hal lain…. Aarhhhh!!!!! Itu bukanlah sesuatu yang disengajakan….
Contohnya saya dan Kak Suraya. Bukan jauh sangat jarak rumah kami.Saya di Keramat dan beliau di Gombak, tetapi rasanya kali terakhir saya bertemu dengannya ialah pada tahun lepas, tak ingat dimana…. Namun syukur sangat, Kak Su masih ingat pada saya semasa mengadakan majlis kenduri kahwin anak beliau Abu Dzar semalam. Saya niatkan dalam hati, “mesti” hadirwalaupun ada program GMI di Sogo pada petangnya. Alhamdulillah, tak dapat ambil gambar pengantin, mengabadikan kenangan dengan emak pengantin pun dah mencukupi….Selamat Pengantin Baru Abu Dzar.Moga anda dan isteri di anugerahi kebahagian dalam menjalani bahtera rumahtangga, hingga ke akhir hayat…Ameen.
“Akak dah pencen sekarang…” kata wanita manis yang saya panggil Kak Nab ini. Mula-mula saya jumpa beliau akhir 80an dulu, rasanya saya lebih rendah dari Kak Nab tetapi sekarang macam saya lebih tinggi sikit dari beliau … Kak Nab yang saya kenali seorang yang lembut, “soft-spoken” dan tuturkatanya sentiasa tersusun…. Saya memang minat sangat dengan imej diri dan personaliti beliau. Agaknya itulah salah satu sebab utama, pertama kali saya menyertai kumpulan perbincangan tentang ugama bersama beliau + yang dalam bahasa Arabnya kumpulan “usrah” telah membuatkan hati saya terus jatuh cinta untuk sentiasa menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan seperti itu ,untuk menambahkan kefahaman saya terhadap Islam.
Saya pernah tinggal serumah dengan Kak Ani masa bujang dulu. Masa walimah (wedding) saya, beliau datang rumah dan tinggal beberapa hari…..Masa tu saya belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga….. sampailah beberapa jam untuk majlis akad nikah saya masih ada rasa sangsi + tetapi…… beliaulah yang banyak menasihati dan meyakinkan bahawa saya mengambil tindakan yang betul.Bukan duduk jauh pun … dekat Jinjang je, tapi nak jumpa setahun sekali pun susah…… Seorang kenalan yang tinggal di UK boleh sms saya setiap minggu, tetapi dengan kak Ani…. nak telefon sebulan sekali pun tak ingat….. Sayalah yang bersalah dalam hal ini…..





